Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, January 22, 2011

Dalam hidup haiwan tak ada manusia tapi dalam hidup manusia ada haiwan.. See ? Dapat tangkap maksud ni?
Saya baru baca suratkhabar metro hari ni.. Takziah buat satu keluarga ni yang baru kehilangan anak bongsu yang berumur lima bulan. Bila saya selak helaian sebelah lagi,BAYI DITEMUI DALAM BEG. Ehh..saya pun blur...orang sedih bila hilang anak,yang mereka ni boleh buang anak plak......

Soalannya: Kenapa buang anak??

Akan ada jawapannya..sebab saya tak nak bagi malu mak pak saya kalau orang tahu saya ada anak luar nikah.. Hah,ni gamaknya nak makan bontot kuali hitam tu.. Cuak saya dengaq.. Pale otak  letak mana?Kalau  tau takut mak pak kamu angin,pasai pa tak takut bila Allah murka? 

Soalan lagi: Kenapa buat maksiat?
Alahh...entah la.. pakwe/makwe ajak..lagipun rezeki kan..sapa berani tolak? Ceh...kamu paham dak maksud rezeki tu apa? Kalau saya sua kamu khinzir suruh tidoq sekali,kamu mau? Pegang khinzir,kamu kena samak je..Kalau kamu pegang anak dara orang? Jawap sendiri..dok ada akal,toksah nak biaq akal kamu jadi batu. Zaman Rasulullah pun batu nangis tau sebab tak nak jadi bahan bakaq dalam api neraka.

Remaja...Alah biasa ar..kami muda lagi..esok-esok tobat...Heehh..tobat? Taubat ke tau buat? Kome dok selalu nyanyi lagu Tomat-wali band... Saya nak tanya jugak,nyanyi je ke? 
Kita bukan orang barat.. Kita timur.. Kekalkan adab timur.. Depa cantik tak pakai tudung pun,depa kafir.. Kita ni ISLAM .. Tapi tak payah dok nak ngaku,saya islam tapi saya tak pakai tudung,tak apa.. Ehh..dulu-dulu masa kelas agama kat sekolah kamu lari ke? 
Berbuih mulut ustaz,ustazah bagi nasihat..Nak cakap insaf sikit pun tak ada.. Kalau tengok dalam facebook,youtube.. Berapa banyak notis pada kaum wanita...Dirimu lebih indah jika menutup aurat.. Tutup aurat tu tutup dengan pakaian yang elok dan tudung tau.. Bukan tutup badan ngan selimut yang kamu dok letak dalam facebook tu! 

Ni bagi remaja.. Macam mana dengan ibu bapa yang tak dapat terima. Ada juga kaum parents yang suruh anak dia gugurkan kandungan . Why? "Kami tak nak tanggung malu" 
Masalahnya,yang conteng arang kat muka kamu tu,tu..tu anak kamu..Bukannya anak kecil yang tak berdosa tu.. Cubalah sebelum buang anak kecil tu,cuba tengok wajah anak tu..Sesekali cuba fikir..kalau dulu aku macam ni? Macam mana aku ye sekarang ni... Wajah anak yang tak berdosa.. Tubuh dia yang kecil kamu tinggalkan tepi tong sampah..longkang.. Fikirlah sekiranya satu saat nanti,kamu dah kahwin dan dah ada anak dan anak kamu tu plak dah kahwin . Macam mana plak kalau anak tu buat kamu macam mana kamu buat dulu?
Sedih tak? Kalau baby tak berdosa tu boleh cakap...Dah lama dah dia cakap.. Aku besaq nanti,aku cari ang pastu bunuh ang . Hah.. naya kamu ! Kot waktu tu baru sedar langit tinggi rendah.. Nauzubillah ... 

    …………………………………………………..END……………………………………………………………

Tak nak la cakap banyak… Nanti kome cakap saya nenek plak,panjang lebar berleter…. Erghh(==”) … Saya nak ingatkan je..sebagai manusia yang tak lepas dari dosa,sebagai hamba  Allah,saudara islam yang diwajibkan mengingati demi kebaikan dan juga sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w  yang menjadi idola kita..
Perubahan memerlukan masa kan? So,tak salah kome berubah.. Muhasabah diri sebelum tidur.. Tak ada sape la cakap dekat wanita atau lelaki yang baik ni orangnya tak lawa/hensem.. Tak ada orang cakap dekat perempuan yang pakai purdah atau tudung labuh ni tak cun malah lagi bersyukur sebab mereka meninggalkan larangan Allah dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah..
Dunia ni perlukan muslimah dan muslim.. Memerlukan mereka semua untuk melawan arus moden yang menyesat lagi melekakan kita.. Hilangkah kecantikan bila mengenakan tudung?  Rugikah masa lapangmu bila diisi dengan solat yang tak makan masa berjam-jam…? Sakitkah badanmu bila memakai pakaian yang melambangkan kamu ISLAM sejati?? Pakaian yang menutup aurat bagi seorang wanita.. Mana buktinya bila kamu islam? Solat tidak..puasa pun tidak…Hanya tahu mengaku kamu islam.. Jangan cakap kamu beriman dengan Allah bila cuma di mulut dan di hati tapi kamu tak tunjuk dengan tubuh badanmu….
Lihat tanganmu,perhatikan ia bergerak waktu kamu mengambil sesuatu.. Tanya sekejap pada diri kamu,macam mana tangan ni bergerak? Oh..aku yang gerakkan…Lalu tanya lagi,kalau aku koma..Aku nak gerakkan diri,kenapa tak boleh?? Sebab kita bawah kuasa Pencipta..
Biar kamu kalah di medan perang arus dunia yang semakin melekakan…tapi jangan kamu tewas di medan perang menuju jalan Allah.. Kamu dah berdiri di bumi ini,macam-macam kamu dapat.. Walaupun kamu sering meninggalkan Dia..tapi Dia tak pernah meninggalkan kamu.. Kamu masih hidup walaupun kamu jahat..kenapa? Allah masih beri peluang untukmu bertaubat dan kembali pada jalanNya….
Anggaplah sekarang..waktu ini..saat ini..Kamu berada di medan perang. Kemenangan mana kamu mahu pilih…? Kemenangan duniawi,bahagianya sementara…. Atau.. Kemenangan akhirat,bahagiaanya kekal selamanya… Dunia ni sementara… Waktu bersuka ria dengan teman-temanmu,ubah….ubah menjadi waktu tenangmu mendekati Allah ..
Solatmu..jagalah agar  tidak terputus… Puasamu,tahanlah agar kamu juga mampu merasa kelaparan  saudara -saudara islam kita yang dizalimi.. Syahadahmu,ucapkanlah dan buanglah segala sifat-sifat mazmumah mu…
Kekalkan  Impian menjadi hamba Allah yang merindukan jalan syahid…yang menikmati bermunajat di sepertiga malam terakhir..yang mengasihi agamanya…yang merawat hatinya dengan zikir…yang mempunyai sikap mulia seperti Rasulullah s.a.w …
Ubah,fahami,dengari dan dekati sebelum waktu mu habis… Sebelum kamu pulang kepadaNya… Sebelum waktu muda terhabis dengan sia-sia… Jadi hamba yang bertaqwa.. Jadi manusia yang berakhlak mulia.. Jadi seorang umat Nabi Muhammad yang baik.. Proud to be muslim. Proud to life like a true muslim… (^_^)wallahu'alam….

Nukilan bebas __Amelia ^^ (Purdah itu melindungiku dari lelaki ajnabi)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...