Pilih latar antum dulu ...!

Friday, January 21, 2011

Jasamu ibu,ayah dan opah...

Ibu..
Dari umur ku sehari hinggalah aku belasan tahun..
Dirimu masih bekerja..
Pulangmu dengan kepenatan tapi kau sentiasa ukir senyuman..
Amarah yang kau lemparkan bukan kerana benci…
Kami tahu kau letih…
Maafkanlah kami,ibu…

Ayah..

Kerjamu memenatkan juga..
Hinggakan kau tidak cukup masa untuk makan..
Dirimu yang penyabar menjadi idolaku…
Walaupun dirimu dicaci dan dikasari..
Namun wajahmu beriak tenang..
Kau masih boleh buat lawak walaupun keadaan tegang..

Opah..

Satu-satu opah yang ku punya selepas permergian atuk tercinta,
Kau masih kuat melakukan kerja rumah..
Kami tahu di matamu,opah..
Ada kerinduan yang bersarang..
Ada kesepian yang menyelimuti…

Ya Allah..Aku masih beruntung,bukan?
Punyai ibu dan ayah..Punyai opah…
Terima kasih Ya Rabb…

Ibu..Hatiku tenang melihat senyumanmu…
Apakah selamanya senyuman itu akan ku lihat?
Aku mahu begitu,bu…

Ayah..Aku ingin punya jodoh yang sama sikapnya sepertimu…
Sentiasa sabar dan tidak pernah naik tangan pada anak-anakmu…
Sentiasa ketawakan kami adik beradik…
Kami juga mahu begitu,yah…

Opah..Kami sudah kehilangan atuk…
Jadi jangan pula kau tinggalkan kami….
Biarlah aku yang pergi dulu dari kamu semua…
Kerana aku tak sanggup lihat antara kamu bertiga pergi sebelumku…

Aku tak mampu janjikan kemewahan dalam kehidupan kalian..
Aku cuma bisa berusaha menjadi anak dan cucu yang solehah..
Siapa pun yang berani menyentuh kalian dengan kasar..
Bakal ku buat dia menyesal kerana menyakiti kalian…

Ampunkanlah kami…
Maafkanlah kami…
Takkan ku biar segala penat lelah kalian
Yang telah membesarkan ku…
Takkan ku biar ia sia-sia…
Akan ku balas ia…

Ya Allah..
Aku hambaMu yang sangat berdosa,Ya Allah..
Panjangkanlah umur ibubapa dan opahku..
Lapangkanlah kubur arwah atok ku..
Jadikanlah mereka ahli syurgaMu,Ya Allah…

Mereka tidak bakal sanggup menahan api nerakaMu,Ya Allah…
Berikanlah pengampunanMu pada mereka,Ya Allah…
Amiin Ya Rabbl Alamiin…


Nukilan ikhlas: Amelia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...