Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, August 27, 2011

Jom pergi Airport !

Assalammualaikum,jom pergi airport..jom! Tetapi,tunggu jap..mesti ramai yang tertanya-tanya kan..Apa kena mengena airport dengan artikel saya ni kan? =) hehe


Ada tetamu nak sampai pula..Kan ramadhan dah nak balik ni,lagi dua atau tiga hari lagi ‘penerbangan’ Ramadhan akan memanggil. Jadi,Airbus yang bawak Aidilfitri pulak nak sampai. Sekarang ni masih dalam perjalanan,antum semua pun mesti tak sabar nak sambut kan??


Ok lah,’penerbangan’ ke apa ke.. Apa-apa pun,ana ucapkan selamat hari raya puasa,maaf zahir dan batin. Dalam nak menyambut bulan gembira ni,banyak dah rumah mula pasang pelita.. Pasang langsir dan sofa baru. Dengan lampu lip lap lip lap bagai… hehe… Pun ada yang merancang menu untuk Open House nanti.. Waa..jangan lupa jemput ana.. =)


Antum semua pun mesti seronok.. Ana pun tak terkecuali,,selepas habis Ramadhan ni..teruskanlah segala amal ibadah yang kita buat di waktu ramadhan,kecuali tarawih..Haa,jangan.. Tarawih cuma di bulan ramadhan,tau? ^_^
Nanti masa raya,berpakaianlah indah-indah. Tidak terlalu mewah dan terlalu sarat dengan manik-manik(selalunya untuk kaum Hawa) huhu… Kerana memakai pakaian yang indah dan wangi-wangi ini menunjukkan kita semua bersyukur. Tapi..tapi..tapi..hee,banyak tapi lah pulak.. Jangan dihina-hina pakaian orang lain kalau pakaian mereka tidak sebagus kita. Doshheee tauu…. !
.
Jangan lupa,pertama sekali sebelum keluar rumah(pagi hari raya),jamah dulu sedikit makanan kerana ini merujuk kepada sunnah Rasulullah yang tidak akan keluar rumah pada hari raya fitrah melainkan baginda memakan makanan barang sedikit di rumah. Tetapi,banginda juga tidak pula makan pada hari raya aidiladha,kecuali selepas pulang ke rumah..

Haa..solat sunat hari raya,siapa nak pergi? Angkat kaki! Hehe… Never mind.. Sila dan kalau boleh tolonglah pergi.. baru sama-sama kita dapat menghayati hari raya puasa. InsyaAllah,kalau masjid/surau dekat dengan rumah kita.. Kita boleh berjalan kaki sahaja. Lebih afdhal kata Ustaz ana!
Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berbeza.. berbeza? 


Ye lah, datang ikut jalan lain.. Balik ikut jalan lain pulak tapi jangan nak melencong pergi beraya rumah anak dara orang kalau tak minta maaf dengan mak ayah dulu… inggaatttt…


Ziarah-menziarahi,bersedekah dan jangan membazir ketika hari raya. Bersederhanalah sahaja,itu lebih baik. Haa..ini untuk peringatan bagi yang tengah darah muda ni,janganlah waktu hari raya ni.. Ada yang buat perkara yang ditegah syarak. Bak kata ustaz IM Hassan,kita disuruh berpuasa untuk menjadikan kita orang yang lebih bertaqwa..jadi,lepas ramadhan..janganlah pulak jadi orang yang hilang taqwanya.


Elakkan ok,menyambut hari raya dengan pasta..ehh,pesta hiburan melampau,pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang,menggangu ketenteraman dengan merempit. Lagi…silalah jaga maruah dan aurat anda. Yang perempuan,minta dilabuhkan tudung hingga menutupi dada. Minta disarungkan sepasang baju kurung yang tidak menampakkan susuk tubuh.


Dan bagi lelaki,silalah berpakaian yang segak-segak. Mana tahu,tengah-tengah raya nanti ada orang ajak menikah..ngee..beware! Berpakaianlah sebagaimana yang telah islam tetapkan untuk para lelaki pakai. Jangan pakai macam perempuan,no..no..no.. sudah-sudahlah. Takkan pagi-pagi raya nak auw,auw??


Okey lah, penat..nak layan lagu Nurul Iman(Amar).. So,itu je lah untuk kali ini. Selamat Hari Raya,pakai baju raya,makan kuih raya,jangan lupa ana,jom lah balik kampung sama-sama !!

p/s : Ana nak minta maaf kalau ada buat salah dengan antum semua..sobb..sobb..sobb ;( habis airmata masuk dalam keypad laptop.. Bah! Gurau je..hehe.. so, Ma’asalamah ! 

Saturday, August 20, 2011

HAWA….SEINDAH NAMA….SELEMBUT PEKERTI….SELUHUR BUDI


Sedarkah engkau sbelum datangnya sinar islam..kita dizalimi…hak kita dicerobhi…kita ditanam hidup-hidup..tiada penghormatan walau secebis dari kaum adam…tiada nilaian dimata mereka…kita hanya sebagai alat pemuas nafsu mereka…
Tapi kini bila rahmat islam datang,menyelubungi alam,,,bila sinar islam barkembang,darjat kita diangkat,maruah kita dipelihara,kita dihargai dan dipandang mulia…darjat kita diangkat…maruah kita terpelihara…kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jalan syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkauseorang ibu didiklah anakmu sehigga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hankya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan…takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, keperibadiannya dan ad-dinnyaLelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senag kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam…..


Sunday, August 7, 2011

Kucing Kejutkan Kawannya..Tapi....



Alkisah,pada suatu petang yang redup lagi damai. Dua ekor kucing yang sangat comel. Seekor berwarna putih dan lagi seekor berwarna hitam. Mereka ini membesar bersama-sama. Tinggal ditempat yang sama. Mereka sentiasa bersama. Petang itu,kucing hitam dan putih bermain di tepi padang rumput. Hitam sangat manja dengan kucing putih. Lebih manja dari biasa dan rupa-rupanya ada maksud yang tersirat dari kelakuannya.
Keesokkan hari,mereka bermain di tepi jalan. Kucing hitam nampak lesu sangat. Meow. Meow. Mungkin kucing putih tanya kenapa pada kucing hitam. Aku tengok dari tepi kereta. Seketika aku dah lihat kucing hitam di tengah jalan,ingin melintas mungkin. Dan…srekkkkkk . Bunyi brek kereta dan aku terus memandang depan. Aku lihat ada kereta yang berhenti mengejut. Dan kucing hitam? Mana dia… Ya Allah! Dia dekat tepi tayar kereta.
Aku terus lari mendapatkannya. Aku berjalan perlahan-lahan bila aku lihat kucing putih datang dekat dan mengiow pada temannya. Mencium-cium muka temannya. Meow dan terus meow. Panjang dan sayu. Aku sudah lihat dia mula menekan-nekan tubuh temannya yang terdampar layu di jalanan. Bila sudah letih menggerakan temannya. Fikirku,mungkin dia putus asa dan ingin pergi. Tak! Aku lihat dia turun dan terus berbaring disebelah temannya yang sudah tak bernyawa. Dia memandang aku. Melihat aku kemudian menutup matanya seakan dia ingin sampaikan betapa dia sedih kehilangan teman. Seakan dia ingin aku merasakan sama kepedihan demi kepedihan bila ditinggalkan yang tersayang.
Aku tahu dia menangis disisi temannya. Dan aku juga turut menangis. Menekup mulut dan aku menjerit nama ibu. “Ibu!! Datang sini ! Meow dah tak ada,bu!” dan aku dengar derap kaki ibu hadir pantas. Ibu tertegak dibelakang tanpa berkata. Terkejut dan tanpa dia sedari,ibu sudah menangis. Dan kami hanya mampu berdoa,moga si kucing putih tabah menghadapi dugaan hidup tanpa temannya yang telah pergi.
TAMAT
~Hanya sebagai renungan hidup. Kata teman-teman ana,bisakah kita jadi seperti ini? Kucing yang tidak berakal menangis kerana temannya yang mati. Berusaha membangunkan temannya semula dan mungkin meminta,’jangan tinggalkan saya’?
Mungkinkah? Sedangkan di bumi Allah ini sudah banyak tumpahan darah berlaku. Pembuangan anak kerana berzina. Tolong timbulkan sedikit rasa kemanusiaan di hati anda wahai manusia. Tolong buka jiwa anda agar simpati pada si bayi yang tidak pernah bersalah. Dan mungkin anda bisa kata,’Ini anugerah Allah untuk menjadi penemanku didunia dan untuk mendoakan aku sejahtera disana nanti’? Tolong buka hati anda dengan keinsafan yang Allah titipkan pada kita. Ana merayu,tolong jangan pernah bersikap zalim pada yang tidak bersalah. ~

We born not to kill







Gathered here with my family 
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
Oh God ,And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call


flag-comoros











Jom ! turun ke medan jihad wahai anak-anak muda yang dahagakan syahid
Jom ! bantu saudara kita
Jom ! menjadi mujahid dan mujahidah
Jangan disangka cuma di medan jihad kita mampu berbakti,bahkan di medan antarabangsa kita mampu berkorban
Ayuh ! muslimah itu dijadikan bukan sia-sia. Ia menjadi salah satu kekuatan agama untuk merubah dunia.
Ayuh ! muslimah,auratmu itu. Akalmu itu. Lindungi ! Lindungi !
Jangan cakap besar di atas muka bumi yang tiada penindasan seperti di Libya,jangan bila kamu turun padang. Kamu akan gentar dan berpatah balik.
Bangkitlah remaja. Mereka perlu kamu untuk melawan musuh! We born not to kill. We born to make a freedom. Allah bersama kita. Sentiasa dan sentiasa. Tidak pernah sesaat Dia berpaling. We want to take back our land . Not by violence but with PEACEFUL.  
Hulurkan bantuan pada yang memerlukan,
Dengan 1 perjuangan,1 arah tujuan.
Dibawah rahmat Yang esa,kita melangkah seiringan
1 perjuangan !
Rintangan pasti melanda..
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan,hingga ke akhirnya..
Andai kau gugur,
Andai kau syahid..
Kau diredhaiNYA..
Islam is peace and non violence 
Islam is the true ukhuwah
Generate happiness of the world and the hereafter 
Islam is peace and freedom

 Wassalam ! 


Wajib ke tidak??


“Pakai tudung buat apa? Free hair more good…”

“Saya islam..maka saya wajib pakai tudung..”

“Yeah,I know you islam..i pun sama,tapi I lagi suka free hair..”

“Tak boleh macam tu..”

“Oo..whatever! I tak kena apa-apa balasan dari tuhan pun sebab tak pakai tudung!”

Tempik gadis berambut panjang dan terus menghentak kaki keluar dari bilik temannya.

Ok,focus! Pakai tudung. Balasan tuhan? Baik,ada dua keyword disini untuk artikel ana kali ini. Well,ana tanya pada seorang awek cun..cun sangat,putih,tinggi dan dia pakai tudung.. Ok,ini dialog ana dengan dia..

“Sweet awak pakai tudung.."

“Thanks,,tak sia-sia saya pakai tudung…”

“Oh..atas sebab apa?”

“Oh..pakwe saya yang suruh…”

Ana diam sekejap. Erm…

“Kenapa tak pakai tudung labuh je?”

“Hehh..panas kot..tak sesuai lah..”

“Panas? Panas lagi api neraka kot..”

“Daa..of coz lah..ish,dah lah! See ya !”

Ana tercengang lagi. Ok itu cuma rekaan. Tetapi tak ada yang mustahil kan jawapan dia macam tu? Bukan tak ada kan? Islam tak wajibkan kita pakai tudung. Eh!! Macam mana pulak? Habis itu nak tanggal tudung ini? Oppss…sabar dulu,tak habis lagi. 
Tetapi islam wajibkan kita MENUTUP AURAT. Haa..pakai tudung bukan tutup aurat?? Yup,tutup aurat tetapi istilah MENUTUP AURAT ini merangkumi semuanya.. Pakai tudung labuh,pakai baju longgar,pakai stoking kaki dan macam-macam lagi.

Ada orang pakai tudung tetapi singkat. Ada pula pakai tudung labuh tetapi baju lengan pendek. Ada pula pakai tudung dan baju sama-sama elok,tetapi bermake up tebal dan ketat. Banyak lagi ini. Tutup aurat. Tutup aurat. Lali dah ya dengar ayat tu?
 Jangan sekali-kali nafikan hak tubuh ciptaan Allah ini untuk dibalut,ditutupi dengan indah. Sedangkan Rasulullah s.a.w katakan pada Asma,’perempuan yang sudah datang haid,tidak boleh menunjukkan perhiasannya melainkan tapak tangan dan muka’ . Oh,orang yang dah matang sajalah kena tutup aurat. Tidak sama sekali. Bahkan dari kecil lagi kita kena mendisplinkan diri tentang aurat supaya bila di hari depan kita dapat amalkan tanpa rasa culas.

Balasan Allah.. 
 Sememangnya orang yang bukan beragama Islam bahkan islam sendiri terfikir. Siapa Allah? Dia wujudkan alam semesta ini kan? Dari mana dia wujud? Ada tak soalan-soalan sebegitu pernah hadir dalam kotak fikiran kita wahai saudara-saudari ana? Wallahualam. Sesungguhnya akal kita takkan mampu berfikit tentang zat Allah. Kalau yang tak tutup aurat ini belum dapat balasan Allah. Janganlah bangga. Kita tak tahu balasan itu akan datang bila. Cuba kita fikir masa bangun dari tidur, “Kenapa Allah masih beri aku nyawa(sedangkan aku banyak buat maksiat)??”

Dan jawapannya,kerana Allah masih beri kita peluang untuk bertaubat. Dan ingatlah,tika iblis bersumpah bahawa dia akan menyesatkan anak-anak adam hingga ke akhirnya. Apa Allah kata,selagi hambaKU masih bernyawa dan memohon taubat kepadaKU,nescaya aku terima taubatnya.. 

SubhanaAllah,pintu taubat itu terbuka luas. Selagi masih bernyawa,selagi masih bergerak nadi kita. Selagi mata bisa melihat. Selagi akal masih waras,maka keluarkan diri dari karat-karat jahiliah. Sesungguhnya bila kita memohon hidayah kepada Allah,nescaya Allah akan beri pada kita. 

So,we can change our life. We can life as a good muslim. Or if we don’t want,why not die as Syuhada? نبيلة Ø§Ù„حياة Ø£Ùˆ الشهادة . We can do it,just believe ourself.


_PedangIslam//the sword of Islam//Generasi Al Quran dan As-Sunnah// Generation of the Qur'an and Sunnah_

Tuesday, August 2, 2011

(Salam Ramadhan) - 9 Hadith Rasulullah Mengenai Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan merupakan salah satu ibadah wajib umat islam yang harus dilaksanakan. Beberapa hadis puasa menjadi pegangan sekaligus rujukan tentang bagaimana menjalankan ibadah ramadhan dengan khusuk dan benar. Nabi Muhammad SAW selalu menyambut bulan Ramadhan dengan bahagia. Baginda menyampaikan beberapa hadis mengenai puasa ramadhan: 

  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.
  • Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
  • Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.
  • Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.
  • Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.
  • Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu” 

Membaca makna hadis di atas semoga semakin menguatkan dan memotivasi kita dalam menjalankan ibadah puasa ramadhan. Dengan ini Encik Billy juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan 1432 H. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT hendaknya...insyaAllah. 

D'petik dari Billy info 

Alasan wanita yang enggan menutup aurat


Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)


Hanya sekadar renungan….
D'copy dari AidaNatasya.com

Fadhilat solat

Solat tarawih adalah solat malam yang dikerjakan pada bulan ramadhan,hukumnya sunat muakkad,boleh dikerjakan sendiri atau berjemaah. Waktunya setelah solat isyak dan bilangan rakaatnya yang dilakukan oleh rasulullah 8 rakaat,sedangkan Khalifah Umar bin Khattab melaksanakan sampai 20 rakaat dan telah disepakati oleh ijmak,ada juga yang melaksanakan sampai 36 rakaat dengan witir. (Uiikk....! Larat ke?hehe) 

Solat tarawih adalah solat yang dituntut. Bak kata Ustaz Kazim,jangan lebihkan puasa dari solat. Yakni,kalau time ramadhan..masjid dan surau-surau mesti penuh dengan saf. Tidak kiralah masa solat tarawih atau fardhu. Tetapi,kalau bukan ramadhan,saf sudah semakin berkurang. Sedikit-sedikit orang cabut lari,katanya lebih baik sembahyang di rumah. 

Ya,bulan ramadhan bulan yang dilimpahi pahala dan penuh barakah tetapi tidak sepatutnya kita tertumpu untuk solat berjemaah hanya dalam bulan ramadhan. Bukankah Nabi Muhammad ada bersabda di dalam Hadith riwayat Al-bukhari dan Muslim :
Solat berjemaah melebihi 
solat bersendirian dengan 27 kali darjat(27 kali ganda) 
Dan Rasulullah s.a.w juga pernah mengancam untuk 
membakar rumah orang yang 
meninggalkan solat berjemaah. 

Haa..betapa prihatinnya Rasulullah s.a.w kepada kita,umatnya.
 So,bersediakah anda semua untuk menjadi hamba Allah yang 
mengerjakan solat berjemaah? 
Itulah serba sedikit tentang solat tarawih,berjemaah dan fadhilatnya. 

PESANAN : 

1 : Seseorang itu datang solat dengan dosa-dosa di atas
 bahu atau kepalanya.Dan bila ia solat,maka gugurlah dosanya 
apabila ia tunduk(rukuk). 

2 : Allah berfirman: Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) 
dengan sabar dan solat. 
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat,kecuali bagi 
orang-orang yang khusyuk
 (Al-baqarah : 45:1) 

Ok.. Wassalam =) 

Iktikaf

Iktikaf ialah berhenti di dalam masjid dengan berniat. Iktikaf hukumnya sunat pada tiap-tiap waktu. Dan pada sepuluh yang akhir dari bulan ramadhan lebih afdhal kerana mencari lailatul qadar. sekurang-kurangnya iktikaf berdiam sebentar di dalam masjid.

Rukun iktikaf :

  • Niat iktikaf, misalnya "Aku sengaja mengerjakan iktikaf kerana Allah"
  • Tempat iktikaf dalam masjid. Tidak sah iktikaf dalam madrasah dan sebagainya. 
  • Diam menetap sekurang-kurangnya sebentar
  • orang yang beriktikaf ;
Syarat ==

  1. Beragama islam
  2. Berakal
  3. Suci dari hadas besar 

Ok.. ada yang dah buat ke?Amalkan =) harap info yang sedikit ini mampu membantu.. Wassalam ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...