Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, August 20, 2011

HAWA….SEINDAH NAMA….SELEMBUT PEKERTI….SELUHUR BUDI


Sedarkah engkau sbelum datangnya sinar islam..kita dizalimi…hak kita dicerobhi…kita ditanam hidup-hidup..tiada penghormatan walau secebis dari kaum adam…tiada nilaian dimata mereka…kita hanya sebagai alat pemuas nafsu mereka…
Tapi kini bila rahmat islam datang,menyelubungi alam,,,bila sinar islam barkembang,darjat kita diangkat,maruah kita dipelihara,kita dihargai dan dipandang mulia…darjat kita diangkat…maruah kita terpelihara…kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jalan syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkauseorang ibu didiklah anakmu sehigga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hankya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan…takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, keperibadiannya dan ad-dinnyaLelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senag kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam…..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...