Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, February 19, 2011

APA ERTI TABAH DALAM KEHIDUPAN .

Ya Allah,
Aku pohon kekuatanMu,
ketabahanMu,
keberanianMu,
redhaMu di atas setiap perlakuanku..

Kuatkan kakiku ini untuk terus melangkah..
Teguhkan jiwa ini untuk bertahan..
Kukuhkan benteng hatiku dari terkena panah-panah..
Panah-panah yang bisa membunuh hatiku,
Iaitu kecewa,benci dan putus asa..

Jangan biarkan aku sendiri,Ya Allah…
Jangan biarkan aku dikepung dengan musuh-musuhku..
Aku masih mencari cahaya itu,
Dari segenap penjuru,
Dari seluruh pelusuk tempat..

Kejujuran itu umpama cahaya…
Tatkala gelap takkan terlihat..
Kesetiaan itu umpama masa..
Yang memerlukan pengorbanan setiap saat..

Aku mahu tabah,
Aku belum boleh menyerah..
Aku mahu teruskan,
Kerana aku ingin buktikan..

APA ERTI TABAH DALAM KEHIDUPAN . 


Nukilan bebas: Aimey_Ameyrul . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...