Pilih latar antum dulu ...!

Monday, January 17, 2011

Kaum Lut musnah jalin hubungan terlarang.

KISAH Nabi Lut a.s dan kaumnya yang diceritakan di dalam Al-Quran menjadi bukti bahawa Allah amat membenci homoseksual. Pada waktu itu,setiap kali Nabi Lut mengajak mereka meninggalkan tabiat tersebut,baginda akan diejek dan dicemuh. Malah,Nabi Lut juga pernah diusir sekali gus dibafikan kerasulanya. Amaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Lut langsung tidak dihiraukan.
"Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan keji yang tidak patut kamu lakukan. Patutkah kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan?" kata Nabi Lut kepada mereka,tetapi ia langsung tidak diendahkan.
Sebaliknya Nabi Lut dicabar. "Jika engkau dari orang yang benar,maka datangkanlah kepada kami azab dari Allah." balas mereka dengan berani. Mendengarkan itu, Nabi Lut terus berdoa memohon pertolongan Allah.
Tidak lama kemudian,datang dua malaikat menyerupai lelaki yang tampan. Mereka datang bertemu Nabi Lut dan memintanya membawa keluarga dan pengikutnya meninggalkan kawasan tersebut pada sebelah malam. Mereka juga dikehendaki berjalan terus tanpa berpaling ke belakang. Kata kedua-dua malaikat itu,kaum Nabi Lut yang ingkar akan dibinasakan oleh Allah pada keesokkan paginya.
Sebaik sahaja mengetahui Nabi Lut dikunjungi dua lelaki,kaumnya terus datang mengelilingi rumah Nabi Lut. Kerana bimbang akan keselamatan tetamunya,Nabi Lut cuba memujuk kaumnya supaya tidak menggangu mereka. Walau bagaimanapun,permintaan tersebut langsung tidak diendahkan. Ketika tindak tanduk mereka sudah sampai ke kemuncak,Allah menyelamatkan Nabi Lut dan kedua-dua malaikat. Nabi Lut kemudian membawa keluarga dan pengikutnya menyelamatkan diri daripada malapetaka yang bakal menimpa.
Pada keesokkan paginya,berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat sehingga membinasakan semua pengikutnya yang ingkar. Antaranya ialah isteri Nabi Lut sendiri.
Allah berfirman: " Tatkala datang perintah Kami,Kami jadikan tanah tingginya menjadi rendah dan Kami jatuhkan atas mereka hujan batu dari tanah yang keras dengan berturut-turut." (Hud : 82)




( Petikan dari akhbar ILUVISLAM) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...