Pilih latar antum dulu ...!

Tuesday, January 18, 2011

Dalam sebuah kelas. Seorang pelajar muslimah duduk seorang diri di mejanya. Tiba-tiba dia di datangi seorang kawan perempuannya. Kawannya berkata," Ah,aku ada masalah yang aku sendiri tidak mampu selesaikan."Muslimah itu berkerut mukanya. " Masalah apa itu temanku? Bahkan setiap penyakit yang Allah beri pun ada penawarnya melainkan penyakit tua." Muslimah itu melihat wajah kawannya. 
" Aku..aku mahu solat..tapi aku tak mampu lakukannya." Kawannya menjawap dengan suara yang mendatar. Muslimah itu tersenyum mendengar masalah temannya. " Apakah kerana kamu leka dengan lukisanmu?" Muslimah itu tersenyum lagi. Dia tahu temannya itu berbakat besar dalam lukisan. Kawannya itu mengganguk,matanya melirik pada sebatang pensil di hadapannya. 
" Dengar..." ucap muslimah. " Kamu melukis dengan begitu baik. Berjam-jam pun kamu sanggup menarikan jarimu di atas kertas putih. Benarkan?" soal muslimah dan anggukan kawannya membuat muslimah menyambung kata. 
"Bagaimana jika bakatmu hilang sekelip mata?" Kawannya terkejut tetapi terus menjawap. "Apa kaitannya dengan masalahku ya teman?" Muslimah tersenyum lalu berkata,"Bagaimana pula jika Allah mengambil semula nyawamu dalam sekelip mata?" Terkejut si kawannya. Masa berjalan dengan pantas. Tinggal dua minit lagi mereka akan pulang ke rumah. Kawannya tetap membisu selepas pertanyaan itu . Sewaktu dia hendak pulang,dia lihat ada sepucuk surat untuknya. 


   Ya rafiq....
Ana bukan orang yang berdakwah tapi ana sampaikan nasihat..
Ana tahu anti pusing dengan masalah anti...
Tidak mahukah anti menjawap soalan ana tadi?
Ya Rafiq...
Fikirlah ibu bapa mu... 
Apakah anti tidak ingat,susu badan yang anti minum dari ibu?
Anti takkan mampu membalasnya dengan wang dan takkan mampu juga dengan wang anti akan masukkan si ibu ke syurga,
Solat itu tiang agama ya anti...Anti berzina pun,dosa meninggalkan sembahyang adalah dosa paling utama dan dosa paling besar kerana sembahyanglah yang Allah akan tanya pada kita semua di akhirat nanti. 
Anti sayang benar pada ibubapa anti bukan? Sebelum anti baligh,dosa anti terbias pada ayah anti... Anti ta'rifu au la? 
Usaha lah anti..usahalah melakukan solat..
Anti bakal dapat keindahan dan kenikmatan dalam solat..
Istiqomah la anti apabila melakukan sesuatu pekerjaan...
Bacalah al-quran ya anti...
Anti tidak beriman jika hanya pada hati dan mulut...
Tapi anti beriman jika anti turut menunjuk dengan tubuh badan anti...
Ingatlah..waktu senang sebelum susah,
Waktu sihat sebelum sakit,waktu lapang sebelum sempit....
Anti...launglah Allahuakhbar di setiap perlakuan yang anti buat...
Nescaya anti lebih bersemangat...
Ana mahu lihat anti berubah...
Menjadi wanita muslimah..berpakaian yang ditetapkan oleh islam...
Aurat itu wajib dijaga .
Anti menangislah walau setitik pun kerana Allah..kerana setitik air mata anti itu boleh memadamkan api neraka yang sangat panas.
Anti berubahlah demi Allah yang telah menciptakan anti..
Ingatlah anti,balaslah kebaikan Allah dengan sujud taubat padaNya..
Hanya padaNya kita berhak memuji kerana tiada yang setanding denganNya..
Berkorbanlah anti demiNya yang telah memberi anti rezeki,keupayaan,nafas dan kehidupan..
Berzikirlah padaNya..berselawatlah pada Nabi Muhammad s.a.w....
Berubahlah anti....kebahagiaan menanti anti sentiasa....


Menitis air mata sang gadis itu. Doanya kepada Allah s.w.t ..
"Ya Allah..ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah...
Hamba lupa pada Engkau...Hamba mohon Ya Allah..
Ampunkanlah hamba..Hamba ingin ikut jalanMu Ya Allah.."


Di sebalik dinding yang menghalangi. Muslimah mengucap syukur tidak terhingga pada Allah s.w.t . Air matanya juga menitis keharuan . Tambah lagi seorang muslimah .... insyaALLAH.. 




Alhamdulillah..............









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...