Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, August 27, 2011

Jom pergi Airport !

Assalammualaikum,jom pergi airport..jom! Tetapi,tunggu jap..mesti ramai yang tertanya-tanya kan..Apa kena mengena airport dengan artikel saya ni kan? =) hehe


Ada tetamu nak sampai pula..Kan ramadhan dah nak balik ni,lagi dua atau tiga hari lagi ‘penerbangan’ Ramadhan akan memanggil. Jadi,Airbus yang bawak Aidilfitri pulak nak sampai. Sekarang ni masih dalam perjalanan,antum semua pun mesti tak sabar nak sambut kan??


Ok lah,’penerbangan’ ke apa ke.. Apa-apa pun,ana ucapkan selamat hari raya puasa,maaf zahir dan batin. Dalam nak menyambut bulan gembira ni,banyak dah rumah mula pasang pelita.. Pasang langsir dan sofa baru. Dengan lampu lip lap lip lap bagai… hehe… Pun ada yang merancang menu untuk Open House nanti.. Waa..jangan lupa jemput ana.. =)


Antum semua pun mesti seronok.. Ana pun tak terkecuali,,selepas habis Ramadhan ni..teruskanlah segala amal ibadah yang kita buat di waktu ramadhan,kecuali tarawih..Haa,jangan.. Tarawih cuma di bulan ramadhan,tau? ^_^
Nanti masa raya,berpakaianlah indah-indah. Tidak terlalu mewah dan terlalu sarat dengan manik-manik(selalunya untuk kaum Hawa) huhu… Kerana memakai pakaian yang indah dan wangi-wangi ini menunjukkan kita semua bersyukur. Tapi..tapi..tapi..hee,banyak tapi lah pulak.. Jangan dihina-hina pakaian orang lain kalau pakaian mereka tidak sebagus kita. Doshheee tauu…. !
.
Jangan lupa,pertama sekali sebelum keluar rumah(pagi hari raya),jamah dulu sedikit makanan kerana ini merujuk kepada sunnah Rasulullah yang tidak akan keluar rumah pada hari raya fitrah melainkan baginda memakan makanan barang sedikit di rumah. Tetapi,banginda juga tidak pula makan pada hari raya aidiladha,kecuali selepas pulang ke rumah..

Haa..solat sunat hari raya,siapa nak pergi? Angkat kaki! Hehe… Never mind.. Sila dan kalau boleh tolonglah pergi.. baru sama-sama kita dapat menghayati hari raya puasa. InsyaAllah,kalau masjid/surau dekat dengan rumah kita.. Kita boleh berjalan kaki sahaja. Lebih afdhal kata Ustaz ana!
Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berbeza.. berbeza? 


Ye lah, datang ikut jalan lain.. Balik ikut jalan lain pulak tapi jangan nak melencong pergi beraya rumah anak dara orang kalau tak minta maaf dengan mak ayah dulu… inggaatttt…


Ziarah-menziarahi,bersedekah dan jangan membazir ketika hari raya. Bersederhanalah sahaja,itu lebih baik. Haa..ini untuk peringatan bagi yang tengah darah muda ni,janganlah waktu hari raya ni.. Ada yang buat perkara yang ditegah syarak. Bak kata ustaz IM Hassan,kita disuruh berpuasa untuk menjadikan kita orang yang lebih bertaqwa..jadi,lepas ramadhan..janganlah pulak jadi orang yang hilang taqwanya.


Elakkan ok,menyambut hari raya dengan pasta..ehh,pesta hiburan melampau,pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang,menggangu ketenteraman dengan merempit. Lagi…silalah jaga maruah dan aurat anda. Yang perempuan,minta dilabuhkan tudung hingga menutupi dada. Minta disarungkan sepasang baju kurung yang tidak menampakkan susuk tubuh.


Dan bagi lelaki,silalah berpakaian yang segak-segak. Mana tahu,tengah-tengah raya nanti ada orang ajak menikah..ngee..beware! Berpakaianlah sebagaimana yang telah islam tetapkan untuk para lelaki pakai. Jangan pakai macam perempuan,no..no..no.. sudah-sudahlah. Takkan pagi-pagi raya nak auw,auw??


Okey lah, penat..nak layan lagu Nurul Iman(Amar).. So,itu je lah untuk kali ini. Selamat Hari Raya,pakai baju raya,makan kuih raya,jangan lupa ana,jom lah balik kampung sama-sama !!

p/s : Ana nak minta maaf kalau ada buat salah dengan antum semua..sobb..sobb..sobb ;( habis airmata masuk dalam keypad laptop.. Bah! Gurau je..hehe.. so, Ma’asalamah ! 

Saturday, August 20, 2011

HAWA….SEINDAH NAMA….SELEMBUT PEKERTI….SELUHUR BUDI


Sedarkah engkau sbelum datangnya sinar islam..kita dizalimi…hak kita dicerobhi…kita ditanam hidup-hidup..tiada penghormatan walau secebis dari kaum adam…tiada nilaian dimata mereka…kita hanya sebagai alat pemuas nafsu mereka…
Tapi kini bila rahmat islam datang,menyelubungi alam,,,bila sinar islam barkembang,darjat kita diangkat,maruah kita dipelihara,kita dihargai dan dipandang mulia…darjat kita diangkat…maruah kita terpelihara…kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jalan syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkauseorang ibu didiklah anakmu sehigga ia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hankya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimkerana khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan…takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, keperibadiannya dan ad-dinnyaLelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senag kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam…..


Sunday, August 7, 2011

Kucing Kejutkan Kawannya..Tapi....



Alkisah,pada suatu petang yang redup lagi damai. Dua ekor kucing yang sangat comel. Seekor berwarna putih dan lagi seekor berwarna hitam. Mereka ini membesar bersama-sama. Tinggal ditempat yang sama. Mereka sentiasa bersama. Petang itu,kucing hitam dan putih bermain di tepi padang rumput. Hitam sangat manja dengan kucing putih. Lebih manja dari biasa dan rupa-rupanya ada maksud yang tersirat dari kelakuannya.
Keesokkan hari,mereka bermain di tepi jalan. Kucing hitam nampak lesu sangat. Meow. Meow. Mungkin kucing putih tanya kenapa pada kucing hitam. Aku tengok dari tepi kereta. Seketika aku dah lihat kucing hitam di tengah jalan,ingin melintas mungkin. Dan…srekkkkkk . Bunyi brek kereta dan aku terus memandang depan. Aku lihat ada kereta yang berhenti mengejut. Dan kucing hitam? Mana dia… Ya Allah! Dia dekat tepi tayar kereta.
Aku terus lari mendapatkannya. Aku berjalan perlahan-lahan bila aku lihat kucing putih datang dekat dan mengiow pada temannya. Mencium-cium muka temannya. Meow dan terus meow. Panjang dan sayu. Aku sudah lihat dia mula menekan-nekan tubuh temannya yang terdampar layu di jalanan. Bila sudah letih menggerakan temannya. Fikirku,mungkin dia putus asa dan ingin pergi. Tak! Aku lihat dia turun dan terus berbaring disebelah temannya yang sudah tak bernyawa. Dia memandang aku. Melihat aku kemudian menutup matanya seakan dia ingin sampaikan betapa dia sedih kehilangan teman. Seakan dia ingin aku merasakan sama kepedihan demi kepedihan bila ditinggalkan yang tersayang.
Aku tahu dia menangis disisi temannya. Dan aku juga turut menangis. Menekup mulut dan aku menjerit nama ibu. “Ibu!! Datang sini ! Meow dah tak ada,bu!” dan aku dengar derap kaki ibu hadir pantas. Ibu tertegak dibelakang tanpa berkata. Terkejut dan tanpa dia sedari,ibu sudah menangis. Dan kami hanya mampu berdoa,moga si kucing putih tabah menghadapi dugaan hidup tanpa temannya yang telah pergi.
TAMAT
~Hanya sebagai renungan hidup. Kata teman-teman ana,bisakah kita jadi seperti ini? Kucing yang tidak berakal menangis kerana temannya yang mati. Berusaha membangunkan temannya semula dan mungkin meminta,’jangan tinggalkan saya’?
Mungkinkah? Sedangkan di bumi Allah ini sudah banyak tumpahan darah berlaku. Pembuangan anak kerana berzina. Tolong timbulkan sedikit rasa kemanusiaan di hati anda wahai manusia. Tolong buka jiwa anda agar simpati pada si bayi yang tidak pernah bersalah. Dan mungkin anda bisa kata,’Ini anugerah Allah untuk menjadi penemanku didunia dan untuk mendoakan aku sejahtera disana nanti’? Tolong buka hati anda dengan keinsafan yang Allah titipkan pada kita. Ana merayu,tolong jangan pernah bersikap zalim pada yang tidak bersalah. ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...