Pilih latar antum dulu ...!

Saturday, July 30, 2011

Ahlan bikum ya Ramadhan


Assalammualaikum..Syaaban dah nak mengundur diri dan ramadhan menjelma kembali. Waktu ini dosa diampunkan dan pahala dilipatgandakan. Tapi kalau nak pahala,buatlah amalan-amalan

 soleh yang rasulullah ajar. Ingat lagi tak niat nak puasa ni?
 Kalau ingat-ingat lupa,cepat-cepat perbaiki ok? 

Puasa di bulan ramadhan ni,macam-macam kebaikan yang kita dapat perolehi.
 Bulan ramadhan adalah waktu turunnya al-quran dan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. 
Tahukan apa? Malam lailatu qadar. 

Petikan hadis-hadis mengenai puasa daripada Sahih Bukhari dan 
Sahih Muslim Kelebihan Ramadan Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, 
dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu." Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: 
Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan 
keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." Kelebihan berpuasa Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA
 katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu 
yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama 
mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa?
 Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali.

Dan Allah juga berfirman : 

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa 
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." - (Surah Al-Baqarah: 183)

Maka,ayuhlah kita berpuasa dan bertarawih bersama-sama di dalam bulan
 yang penuh kemuliaan. Jangan bazirkan bulan yang penuh pahala ni ok? 
Bukan setakat tarawih saja,masa ini juga kita boleh buat tadarus al-quran,qiamulail dan 
banyak lagi. 
Rebutlah pahala banyak-banyak. Islam suruh kita bersederhana tetapi dalam
 merebut pahala(macam solat fardhu) kita tak boleh bersederhana,kelak kita yang rugi. 

Yakinlah bahawa amalan-amalan kita akan diterima Allah tapi bila dah lakukan amalan-amalan soleh tu
 jangan pula timbul riya',ujub,takbur dan sebagainya. 

Jadikan bulan ramadhan ini permulaan kita untuk tukar 'wajah' perangai kita. 
Tukar jadi baru dan jadi lebih baik. Pupuk sifat taubat,mahabbah dan takut akan Allah. 
InsyaAllah,kita boleh ubah semua tu. Jangan lambat-lambat nak ubah diri. =) 

Ok lah.. selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan al mubarak. InsyaAllah,jika
 diizinkan..ana akan update blog ni sentiasa di bulan ramadhan ni. 
Ana akan berkongsi ilmu dan hasrat hati lagi sepanjang bulan yang mulia ini.

Semoga dakwah dan kata-kata ana ini beroleh pahala dan dirahmati Allah s.w.t . 
Selawat dan salam keatas Rasulullah kita. Cintakan dia beerti kita cintakan Allah yang Maha Esa.. 
Wallahualam.. 




Wassalam =) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...