Pilih latar antum dulu ...!

Sunday, July 10, 2011

Buat srikandi-srikandi



Assalammualaikum.. hari ini ana baca suratkhabar kosmo. Macam-macam cerita terpampang. Bila ana selak dua  kali suratkhabar,ana terhenti dekat satu helaian iklan tudung. Ana cuba cari tudung mana yang labuh dan sesuai dipakai buat anak-anak remaja yang inginkan simple. Tapi sayangnya tak ada. Ana cari lagi tajuk iklan tu.. Tajuknya, GAYA MUSLIMAH MODEN. 


Humm.. ada ke istilah itu? Dulu,orang kafir ke atau melayu ke ada buat satu majlis peragaan pakaian muslimah. Tapi yang pakainya adalah wanita kafir(mungkin ada wanita islam). Di bahagian dada baju tersebut di tulis dalam tulisan jawi. Iaitu,'MUHAMMAD . Apa perasaan orang islam ketika itu? Mungkin ada kata penganjur tak pakai otak dulu sebelum nak buat. Mungkin juga just buat tak tahu. Biasalah aneka ragam dunia kan?


Baru-baru ni ana baru balik dari perhimpunan pesilat negeri perak di SMTTI,Perak. Malam hari pertama kami sampai tu,adalah rehearsel untuk acara perdana. Malam itu juga kami ada motivasi kesedaran. Tajuknya pun simple dan senang difahami,Takkan Melayu Hilang Di Dunia. 
Dalam motivasi itu terselit sedikit-sedikit sejarah melayu Melaka dan Tanah Melayu lain. Kami didedahkan dengan statistik data-data kejayaan orang melayu. Dan satu video yang amat merentap iman kami. Nyaris-nyaris tiada pekikan suara maki hamun dalam dewan yang memuatkan 1104 orang pesilat. 


Ana tak dapat nak tunjukkan kerana ada melibatkan juga orang melayu sendiri. Tidaklah ana tahu dia tu islam atau orang kafir. Apa yang penting dalam video itu. Mereka kata mereka kesal kerana menteri bahagian pelajaran kata tidak boleh menggunakan perkataan Allah dan bahasa melayu dalam penterjemahan mereka. Kata penceramah kami,mereka nak gunakan bahasa melayu untuk buat orang yang sudah jahil agama ni faham agama mereka sekaligus masuk pula agama mereka. Begitu juga dengan orang islam yang lain. Tapi
satu soalan yang jika kami ada kesempatan untuk bertanya pada mereka.. kami nak tanya, sebab apa nak guna bahasa melayu dan kalimah Allah untuk penterjemahan angpa? 


Ana nak tekankan kat sini tentang salah yang acap kali dibuat. Macam ana cakap tadi ada ke istilah muslimah moden? Muslimah moden yang menggayakan pakaian ketat? Tudung pendek dan jarang?? 
Muslimah tetap muslimah. Aurat tetap aurat. Kalau setakat nak bagi laku tudung,guna tajuk muslimah moden tapi tak menepati dengan cara islam..itu maknanya menyeleweng agama. 


Niat takkan menghalalkan apa yang haram. Yang haram tetap haram. Yang wajib tetap wajib. Jangan jadi macam si polan-polan yang sentiasa bercakap berlandaskan nafsu dan tiada pegangan kukuh bagi kata-katanya. Hidup ni berdasarkan Al-quran dan As-Sunnah. So,point dia sikit sahaja. Buat insan bergelar wanita,hayatilah lirik ni.. semoga menjadi suluh peribadimu.. semoga menjadi penyokongmu untuk bergelar wanita solehah.. wallahualam.. ALLAHUAKHBAR..


Wanita

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...