Pilih latar antum dulu ...!

Monday, January 17, 2011

Empat tanda - Yang mana satu milik kita?

Empat tanda orang yang bahagia:

  1. Suka mengingati dosa-dosa yang lalu dan diinsafinya.
  2. Suka melupakan kebaikan yang telah lalu.
  3. Dalam urusan agama,dia suka melihat orang yang lebih atas. 
  4. Dalam urusan dunia,dia suka melihat orang yang lebih bawah. 
Empat tanda orang yang celaka: 

  1. Suka melupakan dosa-dosa yang telah lalu,padahal dosa-dosa itu tersimpan di sisi ALLAH.
  2. Suka membangga-banggakan kebaikan yang telah lalu,padahal dia tidak tahu apakah kebaikkanya diterima ALLAH atau tidak. 
  3. Dalam urusan dunia,dia suka melihat orang yang lebih atas.
  4. Dalam urusan akhirat,dia suka melihat orang yang lebih rendah .

( sumber : HTTP://WWW.SRIPURWANTONO.WEB)
(ILUVISLAM) 

Kaum Lut musnah jalin hubungan terlarang.

KISAH Nabi Lut a.s dan kaumnya yang diceritakan di dalam Al-Quran menjadi bukti bahawa Allah amat membenci homoseksual. Pada waktu itu,setiap kali Nabi Lut mengajak mereka meninggalkan tabiat tersebut,baginda akan diejek dan dicemuh. Malah,Nabi Lut juga pernah diusir sekali gus dibafikan kerasulanya. Amaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Lut langsung tidak dihiraukan.
"Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan keji yang tidak patut kamu lakukan. Patutkah kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan?" kata Nabi Lut kepada mereka,tetapi ia langsung tidak diendahkan.
Sebaliknya Nabi Lut dicabar. "Jika engkau dari orang yang benar,maka datangkanlah kepada kami azab dari Allah." balas mereka dengan berani. Mendengarkan itu, Nabi Lut terus berdoa memohon pertolongan Allah.
Tidak lama kemudian,datang dua malaikat menyerupai lelaki yang tampan. Mereka datang bertemu Nabi Lut dan memintanya membawa keluarga dan pengikutnya meninggalkan kawasan tersebut pada sebelah malam. Mereka juga dikehendaki berjalan terus tanpa berpaling ke belakang. Kata kedua-dua malaikat itu,kaum Nabi Lut yang ingkar akan dibinasakan oleh Allah pada keesokkan paginya.
Sebaik sahaja mengetahui Nabi Lut dikunjungi dua lelaki,kaumnya terus datang mengelilingi rumah Nabi Lut. Kerana bimbang akan keselamatan tetamunya,Nabi Lut cuba memujuk kaumnya supaya tidak menggangu mereka. Walau bagaimanapun,permintaan tersebut langsung tidak diendahkan. Ketika tindak tanduk mereka sudah sampai ke kemuncak,Allah menyelamatkan Nabi Lut dan kedua-dua malaikat. Nabi Lut kemudian membawa keluarga dan pengikutnya menyelamatkan diri daripada malapetaka yang bakal menimpa.
Pada keesokkan paginya,berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat sehingga membinasakan semua pengikutnya yang ingkar. Antaranya ialah isteri Nabi Lut sendiri.
Allah berfirman: " Tatkala datang perintah Kami,Kami jadikan tanah tingginya menjadi rendah dan Kami jatuhkan atas mereka hujan batu dari tanah yang keras dengan berturut-turut." (Hud : 82)




( Petikan dari akhbar ILUVISLAM) 

Saturday, January 15, 2011

Aurat Wanita



Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua teman-teman.. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat.

Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar.

Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya.

Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik,
dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?

Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.

1.BULU KENING
Menurut Bukhari: “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening / meminta supaya dicukurkan bulu kening)”.Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.KAKI
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”.An-Nur :31
* Menampakkan kaki* Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3.WANGIAN
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina”.Riwayat Nasaie’,Ibn Khuzaimah dan Hibban

4.DADA
“Hendaklah meraka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka...”.An-Nur :31

5.GIGI
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya”.Riwayat At-Thabrani
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah”.Riwayat Bukhari dan Muslim

6.TANGAN
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi

7.MUKA DAN LEHER
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang dahulu”.Bersolek (make-up)Menurut Maqatil : membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah dengan sengaja.

8.RAMBUT
“Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”.Riwayat Bukhari dan Muslim

9.MATA
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya”.An-Nur : 31
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak di benarkan”.Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi

10.PAKAIAN
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti”.Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaie dan Ibn Majah
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.Riwayat Bukhari dan Muslim
Berpakaian tipis/jarangBerpakaian ketat/nampak bentukBerpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.Al-Ahzab : 59

11.KEMALUAN
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”.An-Nur : 31
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ti suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”.Riwayat Al-Bazaar
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antara dirinya dengan Allah”.Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah

12.MUKA DAN TANGAN
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja”.Riwayat Bukhari dan Muslim

13.MULUT (SUARA)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.Al-Ahzab : 32
“Sesungguhnya akan ada ummatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh-oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi”.Riwayat Ibn Majah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...