Pilih latar antum dulu ...!

Thursday, June 2, 2011

25 Pesanan Luqmanul Hakim


01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Monday, May 2, 2011

Pesanan ayah dan ibu..

Wahai ibu,wahai ayah..
Ku lihat senyumanmu sentiasa mekar dibibir...
Tidakkah kau merasa berat akan dugaan yang menimpamu?
Sedangkan aku pun bersedih kerana keadaanmu..


Wahai anakku..
Sentiasalah berpegang teguh dengan firman Allah...
Innaallah hamasobbirin.. ( Allah bersama dengan orang yang sabar )
Kami tidak merasa berat..
Bahkan kami menganggap ia kurniaan kepada kami..


Wahai ibu,wahai ayah..
Tidakkah kalian fikir hidup kalian tidak semewah orang lain?
Sedangkan kalian juga bekerja?


Wahai anakku..
Dengarlah kami berbicara...
Bekerjalah kamu seakan kamu akan hidup seribu tahun lagi...
Dan tambahlah ibadatmu seakan-akan kamu akan mati di esok hari..
Kemewahan tidak akan menambahkan iman kita..
Kadangkala kerana ia kita terpesona keindahan dunia..
Dan terus melupakan keagungan yang Maha Esa..


Wahai ibu,wahai ayah..
Tidak berasa sakitkah kalian bila ditimpa kesakitan?
Tidak berasa sedihkah kalian bila dihina bermacam rupa?
Tidak berasa letihkah kalian siang dan malam bersujud..
Bahkan di sepertiga malam pun kalian berdua bangun bersama...
Kadangku terjaga..ku lihat kalian bersimpuh di dada sejadah..
Menangis dan berdoa..
Mengapa ibu? Mengapa ayah?


Wahai anakku..
Bila kita sakit,janganlah mengeluh..
Rasulullah pernah bersabda,"barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah,maka bersih darpda dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya..jika engkau sakit,janganlah segera meminta sembuh..."


Wahai anakku..
Setiap cacian dan hinaan kepada kami adalah pahala buat kami..
Dan dosa bagi pelakunya..
Jangan sesekali kamu cemarkan suara dan lidahmu dengan hinaan dan umpatan..
Sungguh perit azab bagi pelakunya...


Wahai anakku..
Lima itu sudah wajib bagi kita..
Sudah mengingatkan kita tentang pengorbanan Rasulullah meminta kepada Allah agar dikurangkan dari 50 waktu ke 5 waktu atas permintaan Nabi Musa..
Pernahkah kamu terfikir anakku? Lima waktu pun masih ada yang tidak mampu..Inikan 50 waktu...


Wahai anakku..
Begitulah uniknya Islam..
Kami bangun malam bukan meletihkan..
Tetapi menenangkan..
Suami yang membangunkan isterinya pada malam hari untuk melakukan solat malam..tetapi tidak terjaga lalu direnjis air mutlak ke mukanya..pasangan itu mendapat rahmat Allah..
Begitu juga sebaliknya..


Wahai anakku..
Anak yang soleh dan solehah itulah sentiasa meringankan beban ibu ayahnya di dalam kubur..
Doa anak yang soleh dan solehah itu tidak sia-sia..
Ingatlah anakku..
Apa yang diperintahkah pada kita.. itulah yang kita wajib lakukan..
Dan apa yang dilarang pada kita..itulah yang kita jauhkan..
Ingatlah pesanan ini hingga ke akhir waktu dunia ini...

Sunday, May 1, 2011

wanita dan pemuda

Bismillahhirrahmanirrahim...
Duhai wanita.. ana seru pada antunna tentang keEsaan Allah..
Ana ingin antunna kenal pada pencipta kita..
Ana ingin kita semua berada di dalam jaminannya untuk ke syurga..
Wahai wanita.. Jangan dirisau jika antunna sudah berbuat dosa yang besar sekalipun...
Berubahlah..bertaubatlah..kerana Allah Maha penerima taubat...

Wahai pemuda... wanita ini akalnya senipis binaan rambut..
Bantulah mereka tatkala sudah terpesong dengan keindahan tipuan duniawi...
Jangan pula kamu wahai pemuda..turut sama menghanyutkannya..
Bantulah..bantulah..

Wahai wanita dan wahai pemuda...
Dunia ini penuh hiasan.. sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..
Dan seorang wanita solehah umpama 70 orang wali dan lelaki yang soleh..
Wahai pemuda..
Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatnya iaitu:-

1. Pemerintah yang adil.
2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.
4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang cantik, lalu dia berkata, ''Sesunggguhnya saya takut kepada Allah".
6. Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
7. Lelaki yang mengingati Allah S.W.T berseorangan diri sehingga berlinangan air matanya.



Wahai wanita dan pemuda.. 
Lihatlah dunia...
Yang penuh dengan tipuan..
Syaitan berlegar-legar disisi..
Bangunlah kamu..
Sedarlah kamu....
DUNIA HANYA SEMENTARA...
MENJANJIKAN JANJI PALSU...
MEMPAMERKAN KESERONOKAN PLASTIK...
MENJAUHKAN KAMU DARI ISLAM JIKA TIDAK BERSATU...
MENDEKATKAN KAMU DENGAN NERAKA JAHANNAM !!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...